CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, July 19, 2009

EHSANKAH KITA TERHADAP DIRI KITA???

1. Apakah hukum meniru dalam peperiksaan?


Hukum meniru adalah peperiksaan adalah haram kerana ia mengkhianati amanah dan menipu org Islam lain. Tidak amanah adalah suatu perkara yg dilarang sama sekali.

Firman Allah:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyampaikan amanah kepada org yg berhak mendapat amanah tersebut."(An-Nisa: 58)

Firman Allah:

"Wahai org2 yg beriman; janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasulnya, dan jangan mengkhianati amanah sesama kamu sedangkan kamu mengetahui"

(al-Anfal: 27)

Begitu juga dgn menipu org2 Islam adalah amat dilarang sama sekali. Ini berdasarkan Hadis berikut:


Nabi masuk sebuah pasar dan lalu di sebuah gerai yg menjual makanan. Penjual tersebut meletakkan sebahagian makanan yg basah di bawah(spy tak dilihat oleh org lain). Nabi bertanya: Apakah ini? Peniaga td menjawab: "terkena hujan" Baginda bersabda: "

((من غشنا فليس منا))

"Sesiapa yg menipu kami (org2 Islam) maka bukan bukan di jalan kami yg sempurna"


Tidak boleh meniru kerna alasan sudah menghafal tetapi tak masuk apa yg kita hafal. Adakah boleh kita mencuri dgn alasan kita tak berjaya mendapat kerjaya yg kita impikan sedangkan ada kerja lain. Begitu juga dgn periksa; kalau kita tak berjaya dan tak memperolehi kerja yg setaraf dgn sijil peperiksaan tersebut bukan bermakna tidak ada kerja yg lain yg halal.

0 ulasan:

MaHaBBaH