CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 22, 2009

INDAHNYA TUTUR BICARAMU...

Rasulullah S.A.W. bersabda:"...kemudian tibalah giliran seorang wanita untuk dilempar ke dalam lubang kuburan api bersama anaknya yang masih belia. Wanita itu hendak mengurungkan niatnya untuk melompat ke dalam lubang api tersebut, tiba-tiba anaknya berkata:'' Wahai ibuku, bersabarlah, sesungguhnya engkau berada diatas jalan yang benar."
(HR. Muslim)


Lantas siapakah wanita tersebut?
Dari manakah dia?

Mengapa kita perlu membahas wanita tersebut?

Mengapa kita mengenangnya?
Apa manfaat dan faedah dari pembahasan tentang wanita ini?

Tanyakan persoalan-persoalan itu kepada diri mu wahai muslimah....


  • Untuk perisian kali ini, ana akan cuba mengupas serba sedikit apa yang diperkatakan oleh Ustazah Fainah (AJK Muslimat PAS Terengganu) yang telah memberikan sedikit ucapan, tazkirah serta taujihat kepada kami muslimat di rumah (Banat50) pada malam 21/07/09 (selasa). Bila sekali ana lihat wajah Ustazah Fainah terasa begitu jauh diri ini untuk menjadi seperti beliau.
  • Beliau meluahkan rasa syukur pada Ilahi kerana sudah sekian lama niat untuk melihat bumi Aceh telah pun dikabulkan. Ustazah Fainah menasihati kami bahawa kejadian Tsunami itu adalah merupakan suatu mau'izah kecil dari Allah untuk hambanya, berbanding dengan peringatan yang Allah turunkan kepada ummat Nabi Nuh A.S, yang mana banjir menimpa mereka sehingga tenggelamlah gunung-ganang.
  • Walau bagaimanapun Ustazah telah membius kami dengan suntikan semangat perjuangan, dengan mengingatkan kami bahawa hanya orang terpilih sahaja yang dihantar ke bumi Aceh ini untuk menuntut ilmu agama Allah. Beliau juga mengingatkan kami agar terus thabat dalam menuntut ilmu agar kelak bila pulang ke Malaysia bisa meneruskan perjuangan Islam. Ustazah juga menyatakan keperihatinan anak Malaysia di Aceh dengan adanya persatuan, yang dapat menyatukan mahasiswa-mahasiswa yang berada disini dengan Tarbiyah Islamiyah.
  • Antara point lainnya, ustazah juga menceritakan kembali peristiwa Isra' dan mi'raj Rasulullah S.A.W. berkenaan dengan ramainya wanita yang di humban ke dalam api neraka akibat perbuatan mereka, maka nasihat ustazah manfaatkan waktu belajar ini kerana waktu sekaranglah segala sesuatu ilmu yang berguna itu mudah untuk dipraktikkan serta di amalkan seperti ma'thurat, solat jamaah, tilawah al-Quran, usrah dan sebagainya.
  • Untuk akhirnya Ustazah mengharapkan agar generasi yang lahir dari bumi aceh ini akan meneruskan perjuangan Islam di Malaysia kelak...TAKBIR...TAKBIR...TAKBIR...ALLAHU AKBAR.

0 ulasan:

MaHaBBaH